EntriesAboutDarlinksCredits


Overview


Hello, my name is blahblahblah. Welcome to my territory. Replace this stupid nonsense with your overview/welcome speech. I mean, notes. Peace :)

Screams

Put your shoutmix or cbox code here. Maximum width is 230. Not more than that !

Sabarlah kawan.
Wednesday, September 26, 2012 | 0 comments
Orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal perasaan amarahnya. 
Hmm. Dalam masa minggu nih, banyak sangat cabaran and dugaan yang Nisa dan kawan-kawan Nisa harungi. Hmm. Kene marah cikgu, kene pandang serong. But yang pasal kena marah cikgu tuh, bukan salah cikgu. Memang salah anak2 murid kan? And, Nisa paling sentap bila cikgu BI Nisa kata cikgu dah penat ajar kami. Cikgu, could you please forgive us? Ohh. Teacherku yang comel. Hee. :)

Pandang serong? Oh Allah. I'm tired of their cuty eyes yang selalu pandang Nisa' and friends lain macam. And paling comel, bila Putri (bestie Nisa') kata; heh. comel sangat ke aku nih? Haha. Itu lah cara kitorang bila dah rasa geram, cuba untuk perasankan diri kami. Hmm. Entry nih pun saja-saja Nisa nak tulis. Ye lah. Kot2 ada ke yang senasib ngan kitorang. :)

Menurut Sheikh Sa'id Hawa dalam kitab al-Mustakhlas fi Tazkiyyah al-Anfus, tiada manusia boleh terlepas daripada marah. Rasulullah s.a.w sendiri juga pernah marah, bahkan Allah S.W.T juga turut murka dalam situasi tertentu. Oleh sebab itu,kita mesti memahami bahawa ada marah yang diizinkan oleh Islam dan ada juga marah yang dilarang. "

" Bagaimana nak jadi orang yang gagah ? "

Rasulullah S.A.W pernah bersabda dalam sepotong gadis riwayat al-Bukhari ( no. 6114 ) dan Muslim ( no. 2609) yang bermaksud :

Tidaklah seseorang itu dikira kuat dan gagah apabila ia menang bergusti, tetapi seseorang dianggap benar-benar kuat dan gagah apabila ia mampu mengawal dirinya ketika marah. 

Ramai orang menjadi hamba kepada emosi mereka. Dalam surah Ali-Imran ayat 134, Allah memuji orang-orang yang bertakwa dan antara sifat yang mereka miliki ialah, Mereka menafkahkan harta benda mereka ketika senang ataupun susah, mereka juga mampu mengawal perasaan marah dan mereka juga suka memaafkan kesalahan orang lain.

Siapakah manusia yang gagah? Berhubung dengan ini nabi bersabda, Manusia yang gagah bukanlah dia yang mampu menjatuhkan lawannya. Sebaliknya yang gagah ialah dia yang mampu mengawal perasaan marahnya.
Mereka yang mampu mengawal perasaan marah melambangkan peribadi yang mampu mengawal diri mereka sendiri. Orang yang mampu mengawal diri sendiri untuk tunduk kepada Allah sedang berjalan menuju ke syurga. Sahabat nabi yang bernama Abu Dardak pernah menyoal nabi, Ya Rasulullah, tunjukkan kepadaku satu amalan yang akan membawa aku ke syurga. Nabi menjawab, Janganlah engkau marah! Hadis ini diriwayatkan oleh Imam At-Thabrani dan Ibn Abid Dunya dengan sanad yang baik. 

Penat pulak menaip banyak2 nih. Takpe lah. Kongsi ilmu, dapat pahala, kan? Hee. ^^, Hmm. K lah. Time to study readers ! Dah promise nak dapat A dalam English kat teacher nih, kene usaha baru dapat A, kan? Ehh. tak moh lah English je. Nak semua boleh? InsyaAllah.

Older Post | Newer Post